Wednesday, October 28, 2009

AirAsia Dan AirAsia X Gondol Anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik CAPA




BEIJING, 28 Okt (Bernama) -- Pencapaian luar biasa, inovasi pintar dan pertumbuhan positif meskipun dengan krisis ekonomi global tidak menghalang daripada kumpulan AirAsia memenangi anugerah berganda.

AirAsia dan AirAsia X sama-sama telah menggondol Anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik 2009 pusat kecemerlangan untuk Penerbangan Asia Pasifik (CAPA) di sini Rabu malam.

Anugerah itu disampaikan pada majlis Anugerah Penerbangan CAPA untuk kecemerlangan sementara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Tony Fernandes turut diberikan "CAPA Legend Award" (Aviation on Hall of Fame) bagi tahun 2009.

Majlis Anugerah CAPA itu diadakan sebagai sebahagian daripada sidang kemuncak Tinjauan Penerbangan Asia tahunan keenam tahun ini di sini.

Acara dua hari itu mengetengahkan para CEO syarikat penerbangan dan lapangan terbang dari seluruh rantau Asia Pasifik dan Timur Tengah.

"Ia merupakan satu penghormatan yang besar, malah, kami amat berbangga, kami mengatasi Singapore Airline, China Airline, Cathay Pacific...ia menunjukkan yang Malaysia adalah yang terbaik," kata Tony Fernandes ketika diminta mengulas mengenai kejayaan syarikat.

-- BERNAMA




No comments:

Post a Comment